Pemerintahan William Pitt yang Muda

Tempoh Pitt di bawah pemerintahan Raja George III, berlaku saat adanya peristiwa utama di Eropah yang menggegarkan keadaan politik di benua tersebut termasuk Revolusi Perancis dan Perang Napoleon.

Penggal pertama (1783–1801)

Pergolakan yang segera mengubah politik Perancis ini mendorong puak nasionalis di negeri Ireland mencetuskan suatu percubaan memberontak pada tahun 1798 dengan harapan mereka akan mendapat bantuan Perancis itu sendiri[3] Namun, pemberontakan tersebut segera dihentikan pihak British dengan bantuan Perancis; Pitt mula merancang suatu kesatuan politik Great Britain dan Ireland untuk menyelesaikan masalah ini. Kerajaannya meluluskan Akta Kesatuan 1800, Kerajaan Great Britain dan Kerajaan Ireland akhirnya dsatukan secara rasmi menjadi satu kerajaan gabungan pada 1 Januari 1801 sambil membubarkan Parlimen Ireland.[4]

Pitt berusaha memenangkan warga Ireland yang berpenganut mazhab Katolik (majoriti sebanyak 75% di negeri itu) yang berada dalam kerajaan baru dengan melaksanakan suatu pemberikan kebebasan atau emansipasi mendapatkan hak pendidikan, memasuki tentera dan berkhidmat dalam badan kehakiman Walau bagaimanapun, Raja George III sangat tidak bersetuju dengan memberikan hujah bahawa pemberian emansipasi sebegini akan melanggar sumpah takhtanya di mana baginda berjanji melindungi Gereja England sebagai agama rasmi kerajaan. Pitt tidak mampu mengubah pandangan kuat baginda mahupun menderhaka maka beliau meletakkan jawatan pada 16 Februari 1801[5] untuk diserahkan kepada rakan seperjuangannya, Henry Addington bagi membentuk pentadbiran baru.

Penggal kedua (1804–1806)